Gotcha. Saw this on Facebook right after posting this [entry] It's a sign. Allah is always there during your ups and downs but we tend to forget it sometimes. Masya Allah.
Love.Like.This
From one to ten, they're all words for you. But since you're not listening, it's only sounds like a nag to you
Friday, March 2, 2012
Moving too slow.
Sometimes people forget, just a few of offensive words really can bring someone down. At times I'll be writing how pathetic I am, as there are many things that I'm not able to do. I'm pretty sure that I'm clear with I want but the future is full with uncertainties.
Thinking of all the bad times that I've been through, I'm wondering if I'm going to face greater things in the future. Future could be tomorrow, could be a month from now. I'm afraid to get out of my comfortable. Maybe when I'm busy I'll stop thinking about those shit and get a fcuking step ahead. But I was wrong. If the problem really bothers me, I can't stop thinking of it even though I'm very busy at the moment.
At times I wanna become 17 again. Just after seeing a 17-year-old boy really utilized his 17th year of living wisely. I know this really sounds stupid (the part of wanting to be 17 again)
Dammit, we're living in a dirty and materialistic world. Ahhhh, really. I should stop typing now.
P/s : Not a good start of March. Maybe I'm too nervous of starting on new semester. New lessons, new challenges and new dramas.
Threatened.
Thinking of all the bad times that I've been through, I'm wondering if I'm going to face greater things in the future. Future could be tomorrow, could be a month from now. I'm afraid to get out of my comfortable. Maybe when I'm busy I'll stop thinking about those shit and get a fcuking step ahead. But I was wrong. If the problem really bothers me, I can't stop thinking of it even though I'm very busy at the moment.
At times I wanna become 17 again. Just after seeing a 17-year-old boy really utilized his 17th year of living wisely. I know this really sounds stupid (the part of wanting to be 17 again)
Dammit, we're living in a dirty and materialistic world. Ahhhh, really. I should stop typing now.
P/s : Not a good start of March. Maybe I'm too nervous of starting on new semester. New lessons, new challenges and new dramas.
Threatened.
Wednesday, February 29, 2012
Thanks Tira :)
Hello people. I didn't sleep last night because I got some things to be settled of (plus ber-IM sampai tengah pagi hewhewhew) and after performing Subuh prayer dalam keadaan lapar mengidam nak makan soto pagi-pagi blogwalking lah kejap. I've been so busy last week sebab ada wedding cousin dan hal-hal yang bersangkutan so tak sempat check out blog updates. Blogwalking punya blogwalking terbacalah post dari Tira. OMK dah seminggu post tu rupanya :O Since she is one of my close chingus dan sementara belum busy naik sem baru ni, eloklah I jawab 11 soalan yang dia pulangkan balik kat I tu. Hehehehe.
1. Cartoon, drama, dan movie favourite dari kecik sampai sekarang dan kenapa. jawab ketiga-tiga tu tau
Kecik ni dari umur berapa sampai berapa eh? Hahaha. Oke I assume below 12.
Cartoon = Lion King sebab cerita ni sangat touching dan banyak nilai-nilai pengajaran dan dialog yang kelakar. Plus the lions were so cuteee ! Haha. I could still remember some lines from the cartoon, dan lagu-lagu dia, best oke ! :) Cerita kanak-kanak tapi lirik OST dia pun penuh mesej dan pengajaran, macam lagu 'We are One' tu (itu kot tajuknya)
Drama = Yang saya ingat, masa sekolah rendah suka tengok cerita "Journey to The West" alah cerita cina yang karakter dia the famous monkey 'Wukong', pastu Pak Kai the p*g (hahaha) dan sami buddha tu. Ada gak watak lain seperti syaitan dan dewa-dewa. Adik-beradik dan cousins pun suka tengok cerita ni dulu :) Nostalgia siot. Sebab suka ? Cerita ni unik dan biasalah masa kecik, mudah sangat fascinated with fantasy, hewhewhew.
Movie = I think 'Home Alone' lah yang I takkan jemu tengok dari kecik sampai besar :) Sebabnya, cerita ni kelakar dan budak tu sangat bijak. Oh, lagi satu main actor Macaulay Culkin tu resembles someone that I know, hekhekhek. Lepastu muka dia dari jadi child actor dalam Home Alone sampai dah besar tak berubah. Hoho.
2. Kos yang korang dapat sekarang ni ada kaitan tak dengan cita-cita yang korang idam-idamkan dari kecik ?
Masa sekolah rendah, darjah satu darjah dua dulu ingat lagi kononnya nak jadi peguam. Ye, agak over disitu kan, but it's the truth that was my first ambition :') Journalism ada jugak kaitan dengan law kan, lagi-lagi kalau buat court/crime desk punya news dan belajar jugak Journalism punya law and ethics. So jyeahhh, ada kaitan jugak :)
3. Korang rasa, korang ni orang yang macam mana ? personality macam mana ? nak perasan sendiri pun takpe =p
Ini fact, bukan perasan, hahaha. I'm a talkative and friendly person, mudah nak rapat dengan orang. Kinda extrovert. I'm quite sensitive and agak mudah menangis *cengeng* haha. Oh, saya sangat caring :) If you're close with me, you'll know what I mean. But recently I learnt that making a lot of friends and friendly sangat pun ada cons nya. So at times, kita kena jadi pendiam and keep things to ourselves. I'm a person yang sangat mudah percayakan orang, yang ini pun kena ubah.
4. Apa pendapat korang tentang lelaki yang suka tengok MV girl groups tapi tak suka lagu tu ?
Girls in girl groups tend to have pretty faces and nice bodies. Guys kan are very into physical appearance, So tak peliklah kalau diorang tengok jugak walaupun tak suka sesebuah lagu tu. Fitrahlah suka benda cantik.
5. Korang treat family dengan kawan, lagilagi kawan rapat macam mana ? sama tak ? kalau tak sama, kenapa?
Apa pun, mestilah family first dan lebihkan family kan. But there are some friends yang betul-betul dah macam family sendiri. Especially those that have seen your flaws, kenal dengan family kita and accept diri dan keluarga kita seadanya dan tolong kita bilaa kita betul-betul susah, like in financial aspect for example. I treat this kind of friends like a family as when I meet them, I don't make friends with them, I make FAMILY :')
6. Antara ibu, ayah, abang, kakak, atau adik, yang mana korang lebih rapat ? kenapa ?
Pilih yang PALING RAPAT bukan jawab semua kan ? Semestinya ibu, the one that has given birth to us, it's like berkongsi nyawa dengan orang tu.
7. Semalam pergi mana dan buat apa ?
Tak pergi mana-mana duduk rumah je. Yes, tak keluar rumah langsung. Duduk dalam rumah normal stuffs, makan, tido, online, telly. Welcome to my life, huhu.
8. Ballad, rock, dengan jiwang kapak, mana satu lebih suka ? kalau jawab yang tak dinyatakan sah beruk. hahhaa =p
Ballad coz saya berjiwa sensitif, hahaha. Dalam hati ada taman gitu. Lulz.
9. Rumah idaman.
Kadang-kadang suka rumah yang ada landscape macam taman but to be realistic, I think a condominium should be okay as I'm a person who appreciate privacy when I'm at home. Anti-social much, huh ? Nak huha huha pergi keluar atau pergi rumah oranglah buat huru-hara, wkwkwkwkwkwkwk XD
10. Apa hadiah paling ntahpape korang pernah bagi.
Tak ingatlah sebab jarang dapat hadiah *kasihannya* Hahaha taklah, I appreciate semua hadiah yang orang bagi so takkan anggap ia ntahpape. Oh okay, dah ingat. Once, a classmate of mine, a guy, menang hadiah lucky draw satu make-up pouch warna pink yang sangat striking. Sebab dia malu dengan hadiah tu so he gave it to me HAHAHA.
11. Kenapa mostly Malay Movies takde kualiti ?
Ini dah macam subjek film-critique pulak, hehe. Sebab jalan cerita sangat 'lame' dan 'predictable'. I bukanlah orang yang TAK tengok Malay movies so I'm not being bias but dammit, I paling benci movie komedi yang lawak dia entah apa-apa. Yang 'lame' dan mengarut. That's why kalau Malay movies I prefer cerita seram atau at least, sedih. Lepastu banyak Malay Movies sekarang kononnya menggunakan pendekatan 'sex sells' untuk tarik orang tengok cerita tu. Dengan adegan yang sepatutnya dah kena censored, dengan pelakon pakai seksa-meksa. Ada yang kalah pelakon Hollywood dan Asia Timur tau. Memalukan orang Islam, buat movie macamtu guano nak ada kualiti kalau kononnya nak paparkan realiti tapi tak mendidik malah merosakkan? I'm talking about the movies about rempits, bohsia dan seangkatan dengannya. Pastu trend sekarang buat cerita pelakon wanita pakai singkat-singkat, ketat-ketat dan baju sleeveless tapi tak tinggal solat ehh? Sekadar freehair boleh terima, tapi kalau pendedahan melampau tu nampak beno nipunye~
Eh dah habis jawab 11 soalan ? Hahaha. Oke, thanks Tira for the questions. Masih mengidam nak makan soto di pagi yang mulia ini dan penuh barakah ini. Ohhhhh~ Take care people !
Labels:
Something To be Shared,
Tagged by them
Friday, February 24, 2012
You know.
I've been working on many things on these days but people are assuming me having so much free time since I'm always appearing online on Facebook. Haha. The truth is, I always let my Facebook logged on since the internet connection at home sangat laju sampai tak sampai hati nak tutup :') Ahaks.
I have so many things nak cerita tapi kalau boleh nak elak sangat meluahkan perihal orang lain. Bukan apa, I really hate kalau orang ada masalah dengan orang lain, pergi bagitau kat social network macam post kat wall Facebook ke without letting the real person yang dia ada masalah with itu tahu. Tapi bila diri sendiri pun buat macam tu, I can't help but to hate myself at the moment. *sigh* Berterus-terang adalah sesuatu yang sukar, kan?
First thing first. Lately I've been working on two photo shoots. Not as a model but as a photographer, of course. One of the photo shoot is to help my friend for his modelling portfolio. I'm not good at photography but I'll try my best, at least boleh praktikkan apa yang dah belajar dekat fakulti kan. Though I still asked my friend to get the photos edited for me.
I have another set of photos to be edited and my friend Tiq has agreed to help me in the editing thingy. Unfortunately I'm so busy with helping my mother making tarts on these days and haven't mailed the photos to her yet. My bad. Facebook tu sempat pulak kan. Oh trust me, lepas kita buat photo shoot gambar orang, proses paling melecehkan adalah nak memilih gambar-gambar terbaik. Usually I'll get my friends to choose them for me, dari zaman buat assignment photo comm lagi. Useless betul, heh.
My cousin is getting married this Saturday. So we're busy making thousands of pineapple tarts for the doorgift. Oh, and I've been listening to Korean's trot songs lately. Weird, isn't it? I guess this is influenced my my dear Onew oppa who knows a lot of trot songs, hahaha.
Anything else? Oh my exam result has been out. I'll save it for another post. Take care people.
Sunday, February 12, 2012
Singapura, Aku Okey!
Assalamualaikum, hey hey people. Sejak cuti sem yang bermula Januari lalu, what I've done so far basically is NOTHING. Hew hew. Boleh kata makan tido saja, konon nak catch up tengok movie, drama series, nak download itu ini semua tak terbuat ponggg. Kalau buat pun, sikit-sikit je. Nak buat projek photoshoot tu haremmm tak start lagi. Tapi okeylah, meeting high school friends is the highlight of this semester break. Dah dapat jumpa dan hang out beberapa kali dengan mereka. Jumpa cikgu-cikgu high school pun sempat. Lagipun cuti ni kan banyak kenduri kahwin, best jugak sekali-sekala makan kenduri kan.
Oh ya, hari tu masa jalan-jalan berdua dengan best friend, Raden kat City Square yang terletak betul-betul di bandaraya JB, aku terfikir sesuatu masa lalu kat kawasan Stulang Laut. Seberang pantai Stulang tu dah nak nampak Singapore. Dekat gilaa boleh tak, satu jambatan je nak ke Singapore dari situ. Kalau dulu sebelum pindah dan menetap kat Johor dengar Singapore tu macam "Wahhhhh" oversea gitu uolls, tapi sekarang dah tak rasa apa-apa sebab tau jaraknya dekat jewww.
Masuk tahun 2012 ni, dah masuk tahun kelima aku menetap di Johor. Ohmaiii~ Dah 5 tahun dah. like seriously?? Aku pun tak perasan hahaha. Tapi ada satu benda yang aku kesalkan. Nama je tinggal kat Johor tapi tak pernah pergi Singapore. Lebih memilukan, pasport pun tak ada T.T Oh ini tak boleh jadi. Oleh itu aku bertekad untuk pergi jugak Singapore satu hari nanti (yang pasti bila dah ada pasport)
So I told Raden about this spontaneous plan. Apa kata satu hari nanti, kalau boleh cuti sem lagi satu nanti kita dan kawan-kawan pergi buat spontaneous trip ke Singapore? Haha, tak spontaneous sangatlah sebab dah rancang jugak kan hehe. Tapi yang tak gembira karang rancang-rancang tapi tak jadi :( That's why I prefer to call it spontaneous. Bukan apa, it's quite a shame for Johoreans tapi tak pernah pergi Singapore. Bukan jauh pun, macam kita pergi CS je, pakai public transport pun bolehhhhh.
Plannya macam ni, kita pergi balik hari lah, jimat kos tak payah overnight bagai. Kalau nak overnight kita tido je kat masjid, wkwkwkwkwkw :D Okey, gurau je. Kita pergilah pagi, balik lewat petang ke. Janji balik Malaysia sebelum malam (amboi, balik Malaysia!) Tak boleh blah punya ayat.
Untuk membuktikan keseriusan aku, aku pergilah google macam mana nak pergi Singapore dari JB naik public transport je. Hah, kan dah jumpa sorang ni buat guide sepertimana yang aku perlukan. Ni hah [entri Singapore] beliau. Baca tau korang.
Jomlah korang, kita pergi sekadar jalan-jalan cuci mata dan tangkap gambar banyak-banyak lepastu baliklah Malaysia. Tak payah shopping pun takpe, sebab kita maklum ramai orang Singapore sendiri turun Johor semata-mata nak shopping. Beli t-shirt atau keychain tulis 'Singapore' pun memadailah, keh keh. Yang menarik aku nak pergi Singapore ni sebab semua tau negaranya bersih kan. Jadi biar aku nilaikan sendiri, hahaha. Sila ambil perhatian nama-nama berikut : Nadzirah, Ekin, Raden, Sashi dan Myda. Pakat-pakat deh nak pergi satu hari nanti. Apa pun pergi dengan kawan baik sendiri adalah paling gembira. Oh jangan risau pasal siapa nak ambil gambar kita 6 orang sebab nanti aku bawa tripod, sejak dah belajar self-timer guna DSLR dan tripod ni bolehlah aplikasikan, hew hew hew.
Cuti akan datang, it means dalam 6-7 bulan dari sekarang. Kalau rancang betul-betul boleh kot. Cuba set dalam otak nak melapangkan diri dan mengumpul kewangan bagi tujuan ini. Hehehe oke tak cadangan aku?
I know there will be obstacles dan plan selalunya tak berjalan seperti yang dirancang. Tapi takpe, apa pun aku akan pastikan aku sampai jugak Singapore dalam tahun ini, hoyeah~!
Oh ya, hari tu masa jalan-jalan berdua dengan best friend, Raden kat City Square yang terletak betul-betul di bandaraya JB, aku terfikir sesuatu masa lalu kat kawasan Stulang Laut. Seberang pantai Stulang tu dah nak nampak Singapore. Dekat gilaa boleh tak, satu jambatan je nak ke Singapore dari situ. Kalau dulu sebelum pindah dan menetap kat Johor dengar Singapore tu macam "Wahhhhh" oversea gitu uolls, tapi sekarang dah tak rasa apa-apa sebab tau jaraknya dekat jewww.
Masuk tahun 2012 ni, dah masuk tahun kelima aku menetap di Johor. Ohmaiii~ Dah 5 tahun dah. like seriously?? Aku pun tak perasan hahaha. Tapi ada satu benda yang aku kesalkan. Nama je tinggal kat Johor tapi tak pernah pergi Singapore. Lebih memilukan, pasport pun tak ada T.T Oh ini tak boleh jadi. Oleh itu aku bertekad untuk pergi jugak Singapore satu hari nanti (yang pasti bila dah ada pasport)
So I told Raden about this spontaneous plan. Apa kata satu hari nanti, kalau boleh cuti sem lagi satu nanti kita dan kawan-kawan pergi buat spontaneous trip ke Singapore? Haha, tak spontaneous sangatlah sebab dah rancang jugak kan hehe. Tapi yang tak gembira karang rancang-rancang tapi tak jadi :( That's why I prefer to call it spontaneous. Bukan apa, it's quite a shame for Johoreans tapi tak pernah pergi Singapore. Bukan jauh pun, macam kita pergi CS je, pakai public transport pun bolehhhhh.
Plannya macam ni, kita pergi balik hari lah, jimat kos tak payah overnight bagai. Kalau nak overnight kita tido je kat masjid, wkwkwkwkwkw :D Okey, gurau je. Kita pergilah pagi, balik lewat petang ke. Janji balik Malaysia sebelum malam (amboi, balik Malaysia!) Tak boleh blah punya ayat.
Untuk membuktikan keseriusan aku, aku pergilah google macam mana nak pergi Singapore dari JB naik public transport je. Hah, kan dah jumpa sorang ni buat guide sepertimana yang aku perlukan. Ni hah [entri Singapore] beliau. Baca tau korang.
Jomlah korang, kita pergi sekadar jalan-jalan cuci mata dan tangkap gambar banyak-banyak lepastu baliklah Malaysia. Tak payah shopping pun takpe, sebab kita maklum ramai orang Singapore sendiri turun Johor semata-mata nak shopping. Beli t-shirt atau keychain tulis 'Singapore' pun memadailah, keh keh. Yang menarik aku nak pergi Singapore ni sebab semua tau negaranya bersih kan. Jadi biar aku nilaikan sendiri, hahaha. Sila ambil perhatian nama-nama berikut : Nadzirah, Ekin, Raden, Sashi dan Myda. Pakat-pakat deh nak pergi satu hari nanti. Apa pun pergi dengan kawan baik sendiri adalah paling gembira. Oh jangan risau pasal siapa nak ambil gambar kita 6 orang sebab nanti aku bawa tripod, sejak dah belajar self-timer guna DSLR dan tripod ni bolehlah aplikasikan, hew hew hew.
Cuti akan datang, it means dalam 6-7 bulan dari sekarang. Kalau rancang betul-betul boleh kot. Cuba set dalam otak nak melapangkan diri dan mengumpul kewangan bagi tujuan ini. Hehehe oke tak cadangan aku?
I know there will be obstacles dan plan selalunya tak berjalan seperti yang dirancang. Tapi takpe, apa pun aku akan pastikan aku sampai jugak Singapore dalam tahun ini, hoyeah~!
Kota Singa... Temasik... Hahaha wait fer me yawww ;)
sosehsoseh1 : aku ni homey person, dulu manusia paling malas nak berjalan, like a sloth! tapi sekarang dah suka pulak. mungkin kos yang aku ambil sekarang mendorong aku untuk berubah sedemikian, hak hak.
sosehsoseh2 : teringat ekin cakap dalam kereta otw dia hantar aku balik lepas habis kenduri, "sekarang ni bolehlah kita melepak, suka-suka dengan kengkawan macamni. karang dah kahwin jangan harap nak buat macamni lagi. *ohhhh snap! memandangkan aku dah tengok ramai bebenau orang kahwin muda sekarang, tak mustahil salah seorang dari kitorang akan menamatkan zaman bujang tak lama lagi juga. dan aku bajet orang pertama di antara kami berenam ialah myda. hew hew hew =P
sosehsoseh3 : terlupa pulak nad dah pindah semula BT, rumah dia bukan lagi kat JB sedangkan plan asal balik dari singapore boleh terus overnight rumah dia je. oh noooo~!
sosehsoseh3 : terlupa pulak nad dah pindah semula BT, rumah dia bukan lagi kat JB sedangkan plan asal balik dari singapore boleh terus overnight rumah dia je. oh noooo~!
Labels:
BFFs,
Friendship,
Something To be Shared
Don't Go
"Lin, kau nak balik tak? Kitorang semua dah habis bayar dah ni." Aku menegur Lin yang sedang sibuk memilih kad-kad ucapan comel di kedai buku MPH itu. Di suatu sudut, rakan-rakan lain seperti Amer, Nani, Fatin dan Mijie sudah menunggu mereka.
"Kejaplah aku nak cari kad untuk Riz ni. Minggu depan birthday dia kot. Korang pergilah mana-mana dulu, nanti aku dah settle aku call, kita jumpa dekat mana-mana."
Aku mengeluh.
"Apa katanya?" soal Amer, seolah-olah mengerti apabila aku menghampiri kumpulan sahabat itu seorang diri tanpa Lin.
"Dia kata nak cari kad untuk birthday Riz." Kata-kataku mati di situ. Sangkaanku mengena. Rakan-rakanku turut mengeluh.
"Nis, kau kena cakap dengan Lin tu," Amer bersuara lagi. Aku buntu. Nak cakap macam mana lagi?
"Tak boleh jadi ni. Like it or not, kita kena selesaikan hal ni hari ni jugak." Amer mengusulkan.
"Tapi Mer, aku rasa baik kita bagi dia masa lagi..."
"Masa apa lagi Nis? Dah dua minggu kot!"
Semua terdiam mendengar kata-kata Amer. Selain aku, Amer yang paling rapat dengan Lin. Aku mengerti mengapa Amer mahu selesaikan semuanya dengan segera.
Kami menunggu Lin di Secret Recipe. Sengaja memilih tempat yang ada privasi. Nani dan Fatin awal-awal sudah angkat kaki. Tak mahu melibatkan diri mereka dengan masalah kami agaknya. Tak mengapa. Mereka hanya coursemate kami, mereka tak tahu kesakitan yang dialami oleh Lin sebagaimana yang kami tahu. Mijie memilih untuk tinggal. Orangnya pendiam, jenis suka memerhati. Barangkali drama yang bakal terjadi akan menarik perhatiannya. Sejujurnya aku kurang gemar dengan Mijie. Pada pendapatku, orangnya agak berlagak, atau dalam bahasa lainnya 'bajet'. Tapi disebabkan dia adalah kawan Amer, terpaksalah aku berdiam diri walaupun aku kurang selesa dia mengikut aku dan Amer untuk berhadapan dengan masalah Lin ini. Ah, persetankanlah. Yang penting sekarang adalah Lin, sahabat kami.
Diam menjadi selingan di antara kami. Amer nampak stress, kepalaku juga ligat memikirkan perihal Lin ini. Mijie sahaja yang kelihatan tenang menghirup chamomile teanya. Sudah ku agak, kehadirannya bersama kami tidak membawa apa-apa makna, jauh sekali kebaikan.
Tidak lama kemudian kelibat Lin kelihatan. Aku sudah menelefonnya memaklumkan untuk bertemu di Secret Recipe sebentar tadi. Lin kelihatan ceria.
"Korang, tengoklah kad yang aku beli ni! Cuba baca ucapan dia." "There's only one word to describe a person like you- AWESOME. I guess that's why we get along very well! Aww, Riz's gonna like this!" Lin kelihatan gembira dan galak menunjukkan kad ucapan berwarna biru itu kepada kami. Aku memandang Amer. Tidak sanggup rasanya aku berhadapan dengan situasi ini. Hampir gugur air mataku melihat keadaan Lin.
"Lin, stop it." Ujar Amer, tegas.
"Apa? Betullah Riz sangat awesome kot, kenapa takkan kau jealous pulak? Hahaha!"
Amer bangun dari kerusinya. "Shazlin! Kau kena move on!" Nada suara Amer keras kali ini. Perlahan-lahan, kad yang dipegang oleh Lin diletakkannya di atas meja. Wajahnya menjadi murung tiba-tiba.
Aku menghampirinya. "Lin, kitorang cakap ni sebab kitorang sayang kau. Please Lin, betul cakap Amer, kau kena move on."
Air mata Lin jatuh.
"Aku ni, pathetic kan?"
"Tak Lin, kau tak pathetic, apa yang sudah tu, sudahlah. Kita kena move on. Kau still ada kitorang." Amer memujuk.
"Yalah Lin, apa-apa pun sekarang kita kena pandang ke depan, redha dengan apa yang berlaku. Mungkin ada hikmahnya." Aku pula cuba menenangkan Lin.
Namun Lin terus menangis. "Korang tak faham, betapa pentingnya Riz pada aku!"
Amer memandangku. Kami tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Keadaannya sejak dua minggu lepas memang begini.
"Ya, kau memang pathetic."
Kami semua menoleh. Terkejut. Si pendiam Mijie bersuara. Lin yang sedang menangis teresak-esak perlahan-lahan mengesat air matanya.
"Aa..apa kau cakap?" Lin bertanya Mijie dengan suara yang serak.
"Aku cakap kau pathetic. Kau bukan saja pathetic, malah bodoh."
Sentap aku mendengar perkataan yang keluar dari mulut Mijie.
"Hei Mijie, kau tak tahu apa-apa, kau jangan bersuara! Ini masalah kitorang!" Aku membela Lin.
"Err, bro, aku rasa baik kau blah dulu. Biar aku dengan Hanis yang selesaikan masalah ni. Lagipun Lin kawan kitorang." Amer turut mencelah. Barangkali Amer turut berasa bahawa sahabatnya itu agak melampau kali ini.
Mijie ketawa sinis.
"Korang semua sama je, bodoh. Hanis, kau kata aku tak tau apa-apa. Yes, memang Shazlin kawan korang dari sekolah tapi dalam masa dua minggu aku ikut Amer ni aku dah boleh nampak situasinya. Dah dua minggu korang suruh dia move on, layan sedu-sedan dia, pujuk bila dia menangis. Teman dia kemana-mana dalam masa dua minggu ni, tak nak dia rasa sedih. Tapi apa hasilnya. Makin teruk adalah si Shazlin ni."
Aku dapat nampak api kemarahan di mata Lin. "Dengar sini, Mijie. Tak semestinya kau kawan Amer aku kena bersabar dengan kau. You are too much. Kau tak tahu cerita, kau tak tahu apa Riz pada aku. So don't simply judge me!"
"Judging you? Hey, come on. Amer dah cerita pasal kau dengan Riz. Riz orang yang kau suka dari sekolah rendah. First love kau. Dah sepuluh tahun kau suka kat dia, tapi korang cuma berkawan baik. Riz cuma anggap kau kawan baik tanpa sedar yang kau ada feeling kat dia. Dan kau pulak tak berani nak luahkan pada dia, takut hubungan korang jadi renggang dan ketakutan dia akan reject cinta kau mengatasi segalanya. And by the time kau dah ready nak luahkan, dia accident dan ma....."
"Cukup! Cukup!" Lin menekup telinganya dan mencantas kata-kata yang keluar dari mulut Mijie. Aku jadi hilang sabar dengan manusia ini.
"Mijie, that's enough. Even kau tau ceritanya, kau tak patut sebut depan Lin macam tu!"
"Aku rasa betul cakap Hanis tu. Jie, aku rasa baik kau balik dulu." Amer masih cuba menjaga hati kedua-dua belah pihak. Aku jadi keliru dengan Amer. Macam mana orang sebaik Amer boleh berkawan dengan manusia setegar Mijie?
Namun Mijie masih enggan bangun dari tempat duduknya.
"Korang nak tahu kenapa aku decide nak ikut korang? Sebab aku nak tengok cara korang handle masalah si Shazlin ni. Dan aku dah agak dah ini yang akan terjadi. Sama je macam dua minggu lepas."
"Amer, Hanis, aku tahu korang kawan Shazlin dari zaman sekolah dan korang sangat rapat. Sangat nak menjaga hati kawan masing-masing. Tapi apa yang korang nasihatkan Shazlin tak berkesan sekadar asyik suruh move on, redha. Korang kena sedarkan Shazlin tentang salah dia."
"Aku tak mahu masuk campur cuma aku nak cakap, duduk dengan kawan-kawan baik ni kau akan sentiasa dibuai mimpi-mimpi indah, jadi mari sini, biar orang yang bukan kawan kau yang bersuara. Dan kau pulak Lin, kau tahu kat mana silapnya kau? Semasa arwah ada, kau ada masa bertahun-tahun untuk luahkan perasaan kau padanya. Tapi kau terlalu takut, terlalu pessimist. So what kalau Riz tak suka kau lebih daripada kawan? What's the worst thing could happen kalau dia reject feeling kau pun? Malu? Takut friendship rosak sebab tu? Shazlin, Shazlin, kau kena percaya. They said true friends no matter how far you go they will come to you back. Have faith. Kau pentingkan sangat perasaan malu atau takut di-reject tu, hah sekarang orangnya dah tak ada. Malu atau menyesal yang lebih sakit?" Panjang lebar ayat yang keluar dari mulut Mijie.
Kulihat Lin menangis teresak-esak. Amer tunduk. Dan aku... Entahlah. Sukar untuk kujelaskan. Kata-kata Mijie memang kena tepat pada sasaran.
"Pada akulah Lin, kalau kau sempat luahkan perasaan kau pada arwah mesti kau tak akan menyesal atau sedih macamni. Sebab kau dah cakap. Terima atau tidak, itu belakang cerita."
"Mijie..." Dalam sedu-sedannya Lin terkesan dengan kata-kata Mijie.
"Berhentilah berkeadaan begini, Shazlin. Kau bukan saja menyusahkan diri kau malah kau telah menyusahkan kawan-kawan baik kau. Kau tak tahu betapa ambil beratnya Hanis terhadap kau. Setiap kali aku ada dengan Amer, Hanis akan call Amer memaklumkan tentang keadaan kau. Dan kau tak tahu betapa risaunya Amer terhadap kau. Sanggup miss banyak game futsal dan aktiviti dengan kawan-kawan kitorang sampai budak-budak ni perli dia. Aku rasa kerisauannya terhadap kau melebihi kerisauan seorang kawan."
Amer menyiku Mijie. Seraya itu dia berkata "Apa pun, aku dan Hanis akan sentiasa berada di belakang kau, Lin. Kau sedih kitorang pun sedih. Kitorang tak nak tengok kau macam ni lagi."
"Korang..." air mata Lin semakin deras kerana terharu. Tanpa disedari air mataku turut jatuh. Tidak pernah menyangka insiden ini akan mengisi episod persahabatan kami.
Tiba-tiba Mijie bangun dari kerusinya dan mengatur langkah untuk pergi.
"Eh Mijie! Kau nak ke mana pulak tu?" Amer bertanya.
"I've said enough. Selebihnya korang fikirlah sendiri. Lagipun bukan dari tadi ke kau dengan Hanis suruh aku blah?" Mijie senyum dan dengan tenang, dia berlalu pergi dari situ meninggalkan aku, Amer dan Lin dalam episod persahabatan kami bertiga.
Aku merasakan pandangan aku terhadap Mijie berubah secara tiba-tiba. Aku rasa sebentar tadi dia sangat... bergaya.
*********************************
Seminggu sudah berlalu sejak insiden 'drama' kami di Secret Recipe tempoh hari. Seminggu itu jugalah aku tidak nampak kelibat Mijie. Ini sangat aneh, selama ini dia orang yang paling aku enggan jumpa, hatta terserempak sekalipun aku tidak mahu tetapi kali ini aku seakan-akan menanti untuk melihatnya di depan mataku. Oh Tuhan, perasaan apakah ini?
Apa pun, aku bersyukur kerana keadaan Lin sudah kembali kepada sediakala. Ceria seperti selalu, tidak lagi dihantui oleh bayangan Riz. Aku, Amer dan Lin boleh kembali fooling around seperti dulu lagi, walau hakikatnya kami cuma bertiga, bukan lagi berempat. Apa yang pasti, Riz atau Rizal tetap berada di hati kami selamanya.
"Hrmm, Amer, boleh kau bawak aku jumpa Mijie tak?" Ujar Lin secara tiba-tiba semasa kami sedang bergelak ketawa di KFC selepas kelas tamat hari itu.
"Buat apa nak jumpa Mijie?" Soal Amer. Itu soalanku juga, desis hatiku.
"Saja. Nak ucapkan terima kasih. Aku rasa tanpa dia, sampai sekarang aku tak sedar apa salah aku dan masih tak berpijak di bumi yang nyata kan." Lin senyum dan menyerlahkan lesung pipitnya. "Thanks sangat-sangat ye korang. Aku sayang korang." Ujar Lin lagi.
"Aku pun sayang kau Lin, eh maksud aku, kitorang pun sayang kau Lin," kata Amer, sedikit kalut. Wait. Something is fishy here. Aku rasa aku dapat mengagak apa yang sedang berlaku pada Amer. Aku senyum penuh makna pada Amer sehingga Amer terus menukar topik perbualan kami.
Petang itu, Amer mengajakku dan Lin bertemu dengan Mijie sesudah mereka habis bermain futsal. Aku tidak mengerti mengapa hatiku berdebar-debar melihat Mijie. Tiba-tiba dia kelihatan sangat kacak dan bergaya.
"Mijie, thanks a lot, for everything. Kata-kata kau telah membuat aku sedar dan bangun." Kata Lin kepada Mijie.
"Kau tak perlu ucapkan terima kasih. Pada mulanya kata-kata tersebut hanya keluar sebab aku dah menyampah melihat Amer terpaksa melayan kerenah kau sampai aktiviti kami terganggu. Kau patut ucapkan terima kasih pada Amer." Mijie senyum nakal sambil memandang Amer. Amer kelihatan tidak tentu arah seketika.
"Oh ya, pasal tu. Sorry Amer, I feel bad pasal aku kau kena perli dengan kawan-kawan kau dan neglect aktiviti kau dengan diorang sebab melayan kerenah pathetic aku ni. So sorry Amer."
"Tak ada apalah Lin. Yang penting kau tu okey!" Kata Amer.
"Betul tak ada apa-apa lagi yang kau nak cakap kat Lin, Amer?" Mijie menduganya.
"Err.." Amer kelihatan teragak-agak.
Aku ketawa. Amer is blushing, Amer is blushing!
"Apa ni? Aku tak faham." Lin meminta penjelasan sambil memandang Amer dan Mijie secara bergilir-gilir.
"Amer, here's your chance man. Kita dah tengok apa jadi dengan kisah Riz kan. Kau jangan jadi macamtu jugak." Mijie menepuk bahu Amer. Entah dari mana, tiba-tiba Amer mendapat kekuatannya untuk membuat satu pengakuan berani yang tidak disangka-sangka.
"Shazlin, aku nak bagitau kau sebelum terlambat. Aku suka kau, aku sayang kau."
Wow. Ini sangat pantas. Aku sendiri hampir terlopong mendengarnya. Apatah lagi si Lin yang kelihatan sangat terkejut dan lantas mukanya menjadi merah.
"Err, Amer. Kenapa tiba-tiba ni..."
"Ini bukan tiba-tiba. Sebenarnya aku dah lama suka kat kau. Sampai Mijie pun perasan."
"Tapi kenapa aku tak pernah perasan?"
"Sebab kau hanya perasan Riz je selama ni."
Mata Lin mula berair. Mulalah tu nak buat drama diorang ni. Diam-diam, aku turut berasa terharu. Amer sangat bergaya! Tak sangka selama ini Amer turut menaruh perasaan terhadap Lin. Menurutnya, perasaannya itu dipendam dan cuba dihapuskan kerana Lin sangat menyukai arwah Rizal yang turut merupakan kawan baik kami.
Mijie tersenyum penuh makna. Aku serba-salah. Aku rasa ada baiknya aku membiarkan Amer berbicara empat mata dengan Lin. Tak perlulah kami kacau daun. Mahu tak mahu, aku mencari alasan untuk pergi dari situ. Tanpa disangka, Mijie telah mengatur langkah untuk berlalu terlebih dahulu.
"Mijie! Don't go first!" Aku menahannya. Kegilaan apakah yang sedang kulakukan ini?
"Err Mijie, kau haus tak?" Soalku kepada Mijie. Mijie memandangku. Oh Tuhan, getaran ini semakin kuat.
"Tak payahlah tanya aku haus ke tak. Cakap jelah kau nak ajak aku pergi minum." Balas Mijie, seraya mengenyitkan matanya. "Dahlah, biarkan diorang. Jom."
Dia kata 'jom'? Maknanya dia nak pergi minum dengan aku kan? Oh, melting, melting~ Peti sejuk beku, aku perlukan kau dengan segera!
Hari ini berakhir dengan gembira. Aku tahu kami akan meniti lebih banyak episod pahit manis seperti ini pada hari esok dan seterusnya, tapi buat masa ini biarlah kami menikmati saat-saat indah dalam fasa kehidupan kami, iaitu zaman remaja menuju dewasa.
Dan perasaan aku pada Mijie? Jangan risau, sebaik sahaja aku sudah pasti dengan perasaan ini, akan kuluahkan juga kepadanya. Dan aku rasa orang bijak seperti Mijie tidak memerlukan masa yang lama untuk perasan jika seorang manusia bernama Hanis menaruh perasaan terhadapnya. Apa yang penting aku tidak mahu perkara sama yang menimpa Lin dan Riz berulang lagi, itu janjiku pada diriku sendiri :)
-Tamat-
Thanks for reading, kindly comment and critic! ^^
Labels:
Fictionell,
Something To be Shared
Subscribe to:
Posts (Atom)

